Tajaan Bantuan Anak Yatim Kecil Gaza, Palestin

 Kami Dalam Misi Menjaga Kebajikan Anak Yatim Syuhada' Pasca Serangan Lepas di Palestin 

“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.”  (HR At-Tirmidzi)

 Sudikah anda berkongsi perhatian buat Adik Abdelrahman (15 tahun), Dima (13 tahun), Osama (11 tahun) dan Feras (7 tahun)?? 


Ziarah Ihsan Madani ke atas keluarga Pn Dr Wesal bersama anak-anaknya; Abdelrahman, Dima, Osama & Feras


Hingga ke hari ini, Palestin masih dihujani serangan. Serangan yang terjadi kali ini telah menyebabkan anak-anak ini menjadi yatim dalam sekelip mata.



  Untuk makluman, Puan Dr Wesal merupakan seorang balu Syuhada' kepada 4 orang anak yang masih bersekolah. Suami beliau (Dr Rizq) telahpun Syahid pada Februari 2024 akibat diserang oleh jet pejuang zionis yang mengakibatkan kediaman ketika Dr Rizq bersama beberapa rakyat Gaza yang sedang berlindung musnah dibom. Selain suami beliau, beberapa ahli keluarga Dr Wesal juga diinformasikan telahpun Syahid dalam beberapa siri serangan pada sebelumnya.

Kini, Dr Wesal dan anak-anaknya sehelai sepinggang dan tiada tempat berlindung untuk bergantung harap selain ingin mendapatkan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anaknya. Beliau terpaksa melarikan diri pada April 2024 yang lalu melalui sempadan Rafah dan menetap sementara di Mesir bagi mendapatkan tawaran pendidikan untuk anak-anak beliau. Setelah hampir 5 bulan di Mesir, Alhamdulillah anak-anak beliau ditawarkan untuk mendapatkan pendidikan di Al-Aqsa Integrated School di Kuala Lumpur Malaysia. 

Pada awal September lalu, setelah mendapat kelulusan daripada kedutaan Palestin di Mesir, beliau terus berhijrah ke Malaysia dan kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur untuk menguruskan persekolahan anak-anaknya. Buat masa ini, kos keperluan harian mereka sangat mendesak kerana perbelanjaan yang tinggi sepanjang proses keluar dari sempadan Rafah, ketika di Mesir dan kos penerbangan dari Mesir ke Malaysia.

Penaja-penaja jangka masa panjang diperlukan segera!

 Bentuk Bantuan Sokongan Yang Diperlukan 

1) Kos sara hidup - Sewa rumah, utiliti, barang dapur (RM2,000)

2) Bantuan pendidikan bulanan anak - Kos pengangkutan sekolah, wang saku, alatan sekolah

3) Pakaian - Harian, sekolah, aidilfitri

*anggaran kos bantuan 2 & 3 untuk SEORANG anak yatim Syuhada' adalah RM1,800

 Bantu Kurangkan Beban Mereka 

Susulan itu, kami pihak Ihsanku Malaysia telah tampil melancarkan kempen Bantuan Tajaan Anak Yatim Syuhada' ini iaitu dengan mengumpul sumbangan daripada para penginfaq yang sudi menaja anak-anak ini dalam membantu keluarga menampung kos keperluan mereka. Diharapkan kita semua dapat sama-sama menyalurkan sumbangan dalam nilaian berapa pun di samping mendoakan kesejahteraan serta kejayaan adik-adik ini.

 Apa yang penaja akan dapat? 

Pahala menyantuni anak yatim

Doa selamat (Ihsan Madani taja sebagai hadiah tanda penghargaan)

Bertemu dengan anak-anak yatim Syuhada' ini 1 bulan sekali
(boleh bawa mereka beli barang keperluan/ makan dan diiringi oleh wakil Ihsan Madani)

Mereka akan kongsi laporan pendidikan (6 bulan sekali)

 Terma Syarat 

Tidak boleh berjumpa secara langsung tanpa persetujuan penerima manfaat dan pihak Ihsan Madani

Penaja dibolehkan untuk taja secara umum dan taja anak yatim sepenuhnya (dijadikan sebagai anak angkat). 1 penaja anak yatim sepenuhnya hanya dibenarkan untuk menaja 1 orang anak sahaja (memberi ruang kepada orang lain juga untuk menaja dan gandakan pahala)

Tempoh tajaan adalah selama 1 tahun



Allah berfirman yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan juga saham kita di akhirat kelak... Aamiin ya Rabb



Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :  Pertubuhan Ihsanku Malaysia

No akaun :   12029010102523   (BANK ISLAM)

Sila letakkan reference “Anak Yatim Gaza”


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja Kos Sara Hidup Anak Yatim Syuhada' (RM2,000)
Taja Seorang Anak Yatim Syuhada' (RM1,800)
Taja Anak Yatim Syuhada' Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN