"Pernahkah kita terfikir... bagaimana anak-anak yatim dan anak asnaf fakir miskin bertahan bila dapur rumah kebajikan mereka kosong?"
Bantu Taja 10 Buah Rumah Anak Yatim, Asnaf Fakir Miskin dan Anak Istimewa Hari Ini
"Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." -
(Hadis Riwayat Muslim)

Pertubuhan Ihsanku Malaysia mengambil inisiatif menyalurkan bantuan makanan, pendidikan, pembangunan dan kesihatan kepada lebih 10 buah rumah kebajikan anak yatim, asnaf fakir miskin, anak istimewa serta mangsa perang dan bencana di seluruh Malaysia.
Bantuan ini disasarkan bakal diagih setiap bulan.
Ini Realiti Yang Mereka Hadapi
Bekalan makanan asas habis sebelum hujung bulan, kelas pengajian terpaksa dihentikan sementara, penjaga rumah kebajikan terpaksa berhutang untuk keperluan asas..
Hampir semua rumah kebajikan melalui kesusahan ini!
"Paling risau sekali kalau tak cukup nak tampung kos operasi. Pernah sampai nak kena potong elektrik. Tapi t ak sampai hati rasa tengok anak-anak tak selesa. Nak taknak perlu usaha jugak cari dana." - Ustaz Zaidi, Penjaga Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin
Kesusahan yang nampak biasa, sebab kita mampu, tapi bagi mereka?
Melalui kempen Tajaan Bantuan ANAK, Pertubuhan Ihsanku Malaysia menyasarkan untuk menyalur bantuan secara
konsisten setiap bulan
meliputi:
Agar mereka tidak perlu lagi risau tentang makanan, yuran atau kos operasi lain. Hanya fokus pada belajar dan menghafal Al-Quran.

Bantu Ringankan Beban Mereka Hari Ini
Atas dasar ihsan dan prihatin Program Ihsan ANAK digerakkan oleh Pertubuhan Ihsanku Malaysia bagi membantu rumah anak yatim, asnaf fakir miskin, anak istimewa dan mangsa bencana/ perang memenuhi
3 akses keperluan utama iaitu bantuan makanan, pendidikan dan kesihatan.
Dengan usaha kecil hari ini, kita membantu mereka terus makan, belajar dan membesar dalam kasih sayang.

Firman Allah: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” - (Surah Al-Insan: 8)
Setiap kali kita memberi, kita bukan sekadar menyara kehidupan mereka bahkan kita menyambung kasih sayang Allah di muka bumi. Bayangkan, setiap huruf Al-Quran yang mereka baca, setiap doa yang mereka lafazkan mengalir juga pahala buat kita.
Kebahagiaan mereka adalah tanggungjawab kita, kerana mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa.
10 Buah Rumah yang Akan Dibantu
Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sg Buloh
Rumah Anak Yatim Nur Hidayah/ Akademi Tahfiz Al-Hidayah, KL
Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting
Rumah Anak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh, Bangi Lama
Rumah Anak Yatim Sinar Kasih Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah
Rumah Amal Anak Yatim dan Asnaf Rukaiyah, Kajang
Maahad Tahfiz Darul Ifta' wal Isnad, Semporna Sabah
Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa KLRumah Teduh Kangar, Perlis
Anggaran Perbelanjaan Keperluan Rumah Kebajikan Anak Yatim/ Fakir Miskin:
1 Rumah = RM10,000 / bulan
RM10,000 X 10 = RM100,000 / bulan
RM100,000 x 12 Bulan = RM1.2 juta

Justeru, kami di Pertubuhan Ihsanku Malaysia ingin mengajak tuan puan yang dermawan untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Aamiin ya Rabb
Jangan lepaskan peluang ini! Berikan kasih sayang dan bantuan kepada golongan ANAK ini, dan In Shaa Allah, Allah akan mengangkat darjat serta melimpahkan rahmat-Nya kepada kita.
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”
(HR Muslim: No 4689)

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun : 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “ANAK”.jpg)
PENGESAHAN:
Program Ihsan Anak dibuat untuk membantu anak-anak yang memerlukan dan serba kekurangan dari golongan anak yatim, anak fakir miskin, anak istimewa serta anak mangsa perang dan bencana.