Ini Bantuan Kecemasan! Jumlah Mangsa Semakin Meningkat

.jpg)


Banjir. Tanah runtuh. Gempa bumi. Kebakaran. Krisis air.
Dalam sekelip mata, sebuah keluarga boleh kehilangan rumah, makanan, pakaian dan sumber kehidupan.
Ketika mereka sedang berdepan saat paling sukar, Ihsan Relief bersedia untuk digerakkan bagi membawa bantuan gerak cepat kepada komuniti yang terjejas di Malaysia mahupun di luar negara.
Hulurkan sumbangan anda hari ini supaya bantuan dapat digerakkan apabila ia paling diperlukan.
.jpg)

Apabila Bencana Melanda, Setiap Saat Sangat Berharga
Kita tidak tahu di mana bencana seterusnya akan berlaku. Kita juga tidak tahu siapa yang akan kehilangan tempat tinggal, terputus bekalan makanan atau terpaksa berpindah dalam keadaan serba kekurangan.
Tetapi satu perkara yang boleh kita lakukan ialah bersedia untuk membantu.
Ihsan Relief diwujudkan sebagai inisiatif tindak balas bencana Pertubuhan Ihsanku Malaysia yang boleh digerakkan apabila berlaku kecemasan dan keperluan kemanusiaan yang mendesak.
Bantuan tidak terhad kepada satu negeri, negara atau jenis bencana sahaja. Apabila berlaku krisis, keperluan sebenar di lapangan akan dikenal pasti sebelum bantuan disalurkan secara bersasar.
5 Misi Bantuan Dalam Tahun 2025
Sepanjang tahun 2025, Ihsan Relief telah menggerakkan lima misi bantuan di Malaysia dan luar negara.
Antaranya:
Pengalaman ini menjadi asas kepada Ihsan Relief untuk terus bersedia menghadapi bencana-bencana yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
RAYUAN DANA KECEMASAN
Di saat seperti ini, mereka sangat memerlukan sokongan kita
Mengapa Sumbang Sebelum Bencana Berlaku?
Kerana ketika bencana berlaku, masa adalah antara perkara yang paling kritikal. Mangsa mungkin memerlukan makanan pada hari yang sama. Air bersih mungkin diperlukan segera.
Sebuah keluarga mungkin kehilangan hampir semua yang mereka miliki dalam hanya beberapa jam. Dengan adanya sokongan awal daripada para penyumbang, Ihsan Relief mempunyai ruang untuk bertindak dengan lebih pantas apabila sesuatu misi perlu diaktifkan.
Sumbangan anda hari ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk membantu seseorang pada saat mereka paling memerlukan.
Bentuk bantuan akan disesuaikan mengikut keadaan sebenar sesuatu bencana. Antara bantuan yang boleh digerakkan melalui Ihsan Relief ialah:
1) Pek Makanan & Keperluan Asas
Makanan, air bersih dan barangan harian untuk keluarga yang terjejas.
2) Bantuan Kewangan Kecemasan
Sokongan segera kepada komuniti yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan selepas bencana.
3) Sokongan Gerak Cepat
Keperluan pemindahan, tempat perlindungan sementara serta sokongan logistik mengikut keadaan.
4) Penilaian Keperluan Lapangan
Tim atau rakan lapangan mengenal pasti keadaan mangsa supaya bantuan dapat diberikan kepada keperluan yang benar-benar mendesak.
5) Pemulihan Pasca-Bencana
Sokongan kepada keluarga dan komuniti untuk kembali membina kehidupan selepas fasa kecemasan berakhir.
.jpg)
" Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat" (HR Muslim)
Sama-sama kita doakan semoga semua yang diuji dengan musibah ini dikurniakan kesabaran dan kekuatan.
.jpg)

Bagaimana Cara Anda Boleh Menyumbang?
Anda boleh menyumbang dengan pilih pakej di bawah:
➡ Bantuan Kecemasan 1 = RM300
➡ Bantuan Kecemasan 2 = RM100
➡ Bantuan Kecemasan 3 = RM50
➡ Bantuan Kecemasan 4 = RM30
Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat anda yang sudi menyumbang. Aamiin Ya Rabb al-Alamin.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun : 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “Bencana”
.png)