Bayangkan...
Setiap Titis Air Jadi Pahala Jariyah Akhirat Kita

Sedang kita mudah buka paip di rumah, mereka bergantung pada ihsan orang kampung. Mereka ikhlas datang untuk belajar menuntut ilmu agama namun kerana kekangan kewangan, mereka terpaksa hidup dalam serba kekurangan.
Saban hari, mereka terpaksa menumpang mandi membersihkan diri, mengambil wudhu untuk menunaikan solat di rumah orang kampung. Untuk air minum pula, mereka terpaksa pergi ke masjid berdekatan untuk mengambil air.
Inilah realiti sebenar Maahad Badihah hari ini.

Bila Air Tiada, Ibadah Jadi Sukar

Pada awalnya, pihak Maahad merancang untuk menggunakan telaga sedia ada di kawasan pondok. Namun, telaga tersebut telah kering. Keadaan ini menyebabkan para pelajar terpaksa menumpang mandi di rumah penduduk kampung dan mengalami kesukaran untuk mengambil wudhu serta mandi setiap hari. Percubaan telah pun dilakukan untuk menggali telaga lebih dalam, namun struktur yang menyokong runtuh dan menutup telaga tersebut. Maka, air pun tidak dapat digunakan.
Kejayaan pembinaan sistem air bersih di
Pondok Munawwarah, Baling, Kedah

Pondok Munawwarah, Baling, Kedah
Melalui Sistem Air Bersih W4L, sumbangan anda akan digunakan untuk: - Membina sistem air bersih yang selamat - Menyediakan sumber air berterusan - Memastikan pelajar dapat mandi, berwuduk dan minum dengan sempurna

Air Ini Akan Mengalir Bersama Pahala Anda

Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah yang paling utama adalah memberi air" - HR Ahmad -
Kepada anda yang Allah lapangkan rezeki,inilah salah satu jalan untuk menggunakannya.
Membantu tempat menuntut ilmu. Menyediakan air untuk mereka yang sangat memerlukan.
Sekecil mana pun sumbangan anda,
InsyaAllah besar nilainya di sisi Allah.
Setiap titisan air yang digunakan oleh pelajar dan guru di sini akan menjadi pahala berpanjangan buat anda.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun: Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun: 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “InfaqAirBadihah”
Untuk membuat pembayaran melalui Qr scan kod di bawah.

*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini.
