"Kalau kami bedah, ibarat kami bunuh pesakit sendiri."


Di umur 8 tahun, Adik Rayyan terpaksa bernafas menerusi tiub trakea di leher. Setiap kali tidur, nafasnya boleh terhenti tanpa disedari. Nyawa dan masa depannya kini bergantung kepada ubat khas RM10,840 sebotol yang tidak mampu dibeli oleh keluarganya.

"Kalau kami terus bedah, risiko sangat tinggi. Umpama kita buat pilihan untuk terus biar dia pergi.." - Doktor yang merawat Adik Rayyan

Adik Rayyan menghidap Plexiform Neurofibroma (NF1), iaitu ketumbuhan yang tumbuh berhampiran salur darah ke otaknya dan menghimpit laluan pernafasannya.

Rayyan Baru 8 Tahun, Tetapi Ujiannya Jauh Lebih Besar Daripada Usianya

Di sebalik tiub yang berada di lehernya, Rayyan sebenarnya seorang kanak-kanak yang aktif dan mempunyai semangat yang tinggi. Dia juga mempunyai impian.

Rayyan nak jadi seorang ustaz atau agamawan apabila dewasa nanti.

Dia mahu belajar. Dia mahu bermain. Dia mahu melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain. Tetapi hari ini, perkara paling asas dalam kehidupan Rayyan sendiri sudah menjadi satu perjuangan.

Untuk bernafas dengan lebih baik..


Keadaan pernafasannya yang terbatas menyebabkan kehidupan Rayyan tidak sama seperti kanak-kanak seusianya.

Ketika kanak-kanak lain bebas berlari, belajar dan bermain.. Rayyan perlu menjalani kehidupannya bersama tiub trakea yang membantunya bernafas.

Satu-satunya Penawar Boleh Mengecutkan Ketumbuhan Rayyan Adalah Ubat Khas Yang Terlalu Mahal

Doktor telah mengesahkan bahawa terdapat ubat khas yang berpotensi mengecutkan ketumbuhan Rayyan agar beliau dapat kembali bernafas secara normal.

Namun, hakikat yang perlu ditelan oleh keluarga ini amat berat:

Harga sebotol ubat khas ini ialah RM 10,840

Rayyan memerlukan 2 botol sebulan (RM 21,680 / bulan)

Ubat Khas yang Adik Rayyan Bergantung Untuk Bernafas

Adik Rayyan Perlukan RM21,680 Setiap Bulan Hanya Untuk Ubat Khasnya

Harga sebotol ubat sahaja kira-kira dua kali ganda pendapatan bulanan keluarganya. Bukan sekali. Tetapi perlu diperoleh secara berterusan mengikut keperluan rawatan Rayyan. Di sinilah beban sebenar keluarga ini bermula. Bukan kerana mereka tidak mahu berusaha.

Tetapi kos rawatan seorang anak kecil ini jauh melebihi kemampuan yang mereka ada.

Seorang Ayah Yang Setiap Hari Membantu Anaknya Bernafas

Di sebalik perjuangan Rayyan, ada seorang ayah yang sentiasa berada di sisinya. Antara rutin yang perlu dilakukan ialah membantu mengeluarkan kahak Rayyan menggunakan mesin supaya saluran pernafasannya dapat dijaga.


Bagi kebanyakan ibu bapa, melihat anak demam pun sudah cukup membuatkan hati tidak tenang. Bayangkan pula melihat anak sendiri menjalani hari-harinya dengan tiub di leher dan memerlukan bantuan untuk bernafas.

Namun ibu dan ayah Rayyan masih terus berusaha. Kerana bagi mereka.. selagi ada peluang untuk Rayyan mendapatkan rawatan, mereka belum mahu berhenti berharap.


Usaha Ini Ada Satu Tujuan

Membantu Rayyan Mendapatkan Ubat Khas Yang Diperlukannya Secara Berterusan

Kenapa Bantuan Anda Sangat Bermakna Hari Ini? 1) Memberi Peluang Kedua Untuk Bernafas Normal - Ubat khas ini adalah kunci untuk mengecutkan ketumbuhan NF1 supaya laluan nafas Rayyan kembali terbuka dan tiub trakeostomi dapat dicabut suatu hari nanti.

2) Memenuhi Masa Depan Cita-Cita Rayyan - Rayyan seorang anak yang pintar dan bercita-cita tinggi untuk menjadi Ustaz / Agamawan. Bantuan anda memastikan impian murni ini tidak terhenti di pertengahan jalan.

3) Ketelusan Sumbangan & Bukti Resit - Setiap dana yang terkumpul disalurkan khas untuk pembelian ubat ini. Resit dan gambar bukti pembelian ubat khas akan dikemaskini secara berkala.




Ringankan Satu Kesusahan Mereka

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Kiamat.” Riwayat Muslim

Pertubuhan Ihsanku Malaysia dengan rendah hati ingin mengajak Tuan/Puan bersama-sama meringankan beban keluarga Adik Rayyan dalam menyediakan keperluan perubatannya.


Dokumen Sebut Harga Bagi Ubat Rayyan

Kita mungkin tidak mampu menghilangkan semua ujian yang sedang dilalui keluarga Rayyan. 
Tetapi hari ini, kita mempunyai peluang untuk membantu meringankan satu daripadanya. 

Kongsi rezeki anda hari ini. Semoga sedekah kali ini menjadi peneman dan pelindung kita di akhirat nanti.

*Sumbangan bagi Rayyan akan digunakan untuk membantu keperluan ubat khas, rawatan susulan, perjalanan mendapatkan rawatan dan keperluan lain berkaitan berdasarkan keadaan semasa. Sekiranya terdapat perubahan pada jadual atau keperluan rawatan, perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada para penyumbang.



Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Akaun :  Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun :  12029010102523  (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “RAYYAN”

Untuk membuat pembayaran melalui Qr scan kod di bawah:


*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini. Isi maklumat nama, email, no. tel untuk tujuan perkongsian laporan kempen.

PENGESAHAN: 
Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Ihsanku yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Rawatan Adik Rayyan (RM500)
Infaq Rawatan Adik Rayyan (RM100)
Infaq Rawatan Adik Rayyan (RM30)
Infaq Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel salam@ihsanku.org di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPertubuhan IhsanKu Malaysia
No. Akaun12029010102523
Buka Bank Islam Malaysia Berhad  

PENGESAHAN

Disclaimer: Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Our website is not affiliated with Facebook.com, Google.com & TikTok.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners.

Privacy Policy: We use Facebook Ads Remarketing, Google AdWords Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page”. Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.

Untuk makluman: Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek & aktiviti yang kami jalankan melalui SMS, email atau Whatsapp. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 601154216271 atau emailkan ke salam@ihsanku.org