"Pecutan 10 Malam Akhir Ramadan"
“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi)
 (1).jpg)
Rasulullah SAW pernah ditanya:
Apakah sedekah yang paling afdhal?
Jawab Baginda: Sedekah di bulan Ramadan.
(HR Tirmizi)
فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Malah Rasulullah sendiri orang yang sangat dermawan dan kedermawanan Baginda semakin tinggi bila tibanya bulan Ramadan.
“Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Inilah saatnya, kita rebut peluang untuk perbanyakan sedekah bagi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.
"Termenung Bila Nak Dekat Hari Raya"
Tuan/puan, masih ramai lagi saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan. Jangan biarkan mereka kesempitan , kebuluran dan terpaksa mengikat perut untuk mendapatkan makanan.
Mari bersama-sama Pertubuhan Ihsanku Malaysia kita hulurkan bantuan dan berkongsi kegembiraan di bulan Ramadan dan juga persediaan untuk Aidilfitri.

Justeru di dalam bulan yang penuh barokah ini, kami ingin mengajak tuan puan yang pemurah di luar sana untuk kita sama-sama bantu saudara-saudara asnaf, anak yatim, OKU dan insan yang memerlukan.


Justeru, kami di Pertubuhan Ihsanku Malaysia ingin mengajak tuan puan yang dermawan untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan juga saham kita di akhirat kelak...Amin ya Rab
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim No 4689)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun: Pertubuhan IhsanKu Malaysia
No akaun: 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “SedekahRamadan”
.jpg)
*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini.
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Ihsanku yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.
(1).jpg)