DANA SUDAH MENCUKUPI 
Kurang sebulan lagi untuk beri anak kecil ini peluang bernafas dengan lebih baik

Adik Firas Perlu Rawatan Segera

Muhammad Firas Anaqi dilahirkan dengan masalah jantung berlubang dan saluran injap yang sempit/ tersumbat. Kini, Firas dijadualkan menjalani pembedahan untuk menutup lubang jantungnya pada 13 September 2026.

Keluarganya memerlukan bantuan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan berkaitan yang dianggarkan sehingga  RM80,000 

Tidak Seperti Kanak-Kanak Lain, Bermain Pun Ada Batas Buat Firas

Firas seorang kanak-kanak yang aktif. Suka bergerak, bermain sama seperti kanak-kanak lain. Tetapi apabila terlalu aktif, pernafasannya mula terganggu dan tubuhnya cepat keletihan.

Bacaan oksigennya pernah berada sekitar 76% hingga 80%. Apabila terlalu penat, beberapa bahagian tubuh Firas seperti bibir, muka dan tapak tangan boleh bertukar kebiruan.



Buat masa ini, doktor telah memasang stent pada saluran injap Firas bagi membantu aliran darah dan fungsi jantungnya. Namun, Firas masih memerlukan pembedahan untuk menutup lubang pada jantungnya.

Dua Beradik, Ujian Jantung Yang Sama


Ujian ini bukan kali pertama buat keluarga mereka.
“Seorang anak dah dibedah. Sekarang Firas pula. Saya cuma nak dia membesar dan bernafas lebih baik.” - ibu Firas

Abang Firas, Fayyadh, turut dilahirkan dengan masalah jantung dan telah menjalani pembedahan pada Mei lalu. Selepas melalui rawatan seorang anak, Encik Farid dan Puan Roziana kini perlu bersedia sekali lagi.

 Kali ini untuk Firas. 


Surat Hospital Adik Firas

Pendapatan Sekitar RM100 Sehari, Tapi Kos Rawatan Anak Mencecah Puluhan Ribu

Ayah Firas mencari rezeki dengan berniaga di sebuah warung roti canai di Kuala Besut, Terengganu. Ibunya pula membantu di warung sambil menjaga anak-anak. Pendapatan keluarga dianggarkan sekitar RM100 sehari. Ada hari lebih. Ada hari kurang daripada jumlah itu.

Dalam masa yang sama, Firas dan abangnya perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital USM Kubang Kerian dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Setiap perjalanan ke hospital membawa kos minyak, perjalanan, rawatan dan keperluan keluarga sepanjang mendapatkan rawatan.

Kini mereka berdepan satu lagi keperluan besar..


13 September Semakin Hampir

Kos pembedahan Firas dianggarkan mencecah antara RM50,000 hingga RM80,000.
Jika urusan pembedahan tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang, rawatannya boleh tertangguh dan keluarga mungkin perlu menanggung keperluan hospital yang lebih lama.

Tempoh sebelum 13 September 2026 sangat penting buat keluarga ini. Mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengumpulkan jumlah tersebut sendiri.

 BANTU FIRAS SEBELUM 13 SEPTEMBER 

 Sasaran Dana: RM80,000 



Besar atau kecil, setiap infaq tetap membawa makna buat perjalanan rawatan Firas. Jika ada rezeki yang ingin dikongsi, setiap sumbangan akan menjadi sebahagian daripada ikhtiar membantu Firas.


Firas Belum Faham Tentang Sakitnya

Dia belum faham kenapa ibu dan ayahnya perlu berulang-alik ke hospital. Dia belum faham kenapa tubuhnya cepat penat apabila bermain.

Firas cuma mahu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.


Ringankan Satu Kesusahan Mereka

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Kiamat.” Riwayat Muslim

Pertubuhan Ihsanku Malaysia ingin mengajak Tuan/Puan bersama-sama meringankan beban keluarga Adik Firas dalam menyediakan keperluan pembedahan jantungnya.



Kita mungkin tidak mampu menghilangkan semua ujian yang sedang dilalui keluarga Firas. 
Tetapi hari ini, kita mempunyai peluang untuk membantu meringankan satu daripadanya. 

Pembedahannya dijadualkan pada
13 September 2026.
Masih ada ruang untuk kita menjadi sebahagian daripada usaha keluarganya sebelum tarikh itu tiba. 

Kongsi rezeki anda hari ini. Semoga sedekah kali ini menjadi peneman dan pelindung kita di akhirat nanti.

*Sumbangan bagi Firas akan digunakan untuk membantu keperluan pembedahan, rawatan susulan, perjalanan mendapatkan rawatan dan keperluan perubatan berkaitan berdasarkan keadaan semasa. Sekiranya terdapat perubahan pada jadual atau keperluan rawatan, perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada para penyumbang.



Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Akaun :  Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun :  12029010102523  (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “ADIKFIRAS”

Untuk membuat pembayaran melalui Qr scan kod di bawah:


*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini. Isi maklumat nama, email, no. tel untuk tujuan perkongsian laporan kempen.

PENGESAHAN: 
Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Ihsanku yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
Sumbangan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel salam@ihsanku.org di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPertubuhan IhsanKu Malaysia
No. Akaun12029010102523
Buka Bank Islam IB  

PENGESAHAN

Disclaimer: Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Our website is not affiliated with Facebook.com, Google.com & TikTok.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners.

Privacy Policy: We use Facebook Ads Remarketing, Google AdWords Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page”. Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.

Untuk makluman: Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek & aktiviti yang kami jalankan melalui SMS, email atau Whatsapp. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 601154216271 atau emailkan ke salam@ihsanku.org