Apa Berlaku Apabila Seorang Anak Membesar Tanpa Pernah Percaya Pada Diri Sendiri?
Hadiahkan Keyakinan Anak Yatim Asnaf Hari Ini
.jpg)
Anak-anak yatim dan asnaf bukan sekadar memerlukan keperluan harian.
Mereka juga perlukan ruang untuk membina keyakinan, jati diri, kepimpinan dan kekuatan rohani sebelum melangkah ke alam dewasa. Projek Inspire memberi ruang kepada anak-anak yatim dan asnaf membina keyakinan, jati diri, kepimpinan dan kekuatan rohani sebelum mereka melangkah ke alam dewasa. Melalui peluang ini, anda boleh membantu memberi mereka pengalaman itu.
Satu Peluang Hari Ini Boleh Membina Keyakinan Mereka Bertahun-Tahun
"Boleh ke saya jadi macam anak-anak lain bila besar nanti?"
- antara soalan yang sering dalam minda anak penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf..

Bayangkan seorang anak yang sedang membesar tanpa kehidupan keluarga yang sama seperti kebanyakan anak lain. Dia mungkin menerima tempat tinggal. Makan minumnya mungkin tersedia. Persekolahan juga terus berjalan.
Tetapi apabila tiba masa untuk berdiri sendiri nanti, dia tetap perlu mempunyai keberanian untuk bercakap, membuat keputusan, bekerjasama dengan orang lain dan menghadapi cabaran hidup.
Semua ini tidak terbina dalam sehari.
Ia perlu diberi ruang untuk dilatih sejak mereka masih muda. Projek Inspire diwujudkan sebagai salah satu ruang tersebut.
 (1).jpg)
95 Anak Telah Menyertai Kem Inspire Siri Pertama
Pada tahun 2025, Kem Inspire Siri 1 telah melibatkan 95 anak jagaan daripada 9 buah Rumah Angkat Ihsanku di sekitar Lembah Klang, Kedah dan Perlis.
Daripada pengalaman tersebut, Pertubuhan Ihsanku Malaysia bakal menganjurkan Kem Inspire 2.0 yang ditambah baik dengan lebih banyak aktiviti interaktif supaya anak-anak dapat belajar melalui pengalaman, bukan hanya mendengar..jpg)
RM160 Untuk Beri Seorang Anak Peluang Menyertai Kem Inspire 2.0
.png)
Mereka Bukan Kurang Potensi. Mereka Cuma Perlukan Peluang Untuk Mengembangkannya
September ini, bantu buka ruang untuk anak-anak yatim dan asnaf mencuba, belajar, membina keyakinan dan mengenali kemampuan diri mereka sendiri.
.jpg)
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa.” — Surah Al-Maidah, ayat 2
Kadang-kadang bantuan kepada seorang anak bukan hanya tentang apa yang kita berikan kepadanya. Tetapi peluang yang kita bukakan untuk dia belajar menjadi lebih baik.
 (1).jpg)
Kenapa Projek Inspire Sangat Diperlukan?
Mereka Juga Akan Membesar dan Perlu Berdiri Sendiri
Bantuan makanan, pakaian dan pendidikan memenuhi keperluan mereka hari ini. Tetapi semakin mereka membesar, mereka juga perlu belajar untuk yakin bercakap, membuat keputusan, bekerjasama, memimpin dan menghadapi cabaran.
Projek Inspire diwujudkan sebagai salah satu usaha membantu anak-anak daripada Rumah Angkat Ihsanku membina potensi diri, rohani dan persediaan menuju alam dewasa.
 (1).jpg)

“Hadiahkan keyakinan baru buat anak-anak yatim dan asnaf melalui Kem Inspire 2.0 anjuran Ihsanku.”
Kongsi rezeki anda hari ini. Semoga sedekah kali ini menjadi peneman dan pelindung kita di akhirat nanti.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun : 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “projekinspire”
Untuk membuat pembayaran melalui Qr scan kod di bawah:
![]()
*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini. Isi maklumat nama, email, no. tel untuk tujuan perkongsian laporan kempen.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun : 12029010102523 (BANK ISLAM)
Sila letakkan reference “projekinspire”
Untuk membuat pembayaran melalui Qr scan kod di bawah:
*sila muatnaik bukti pembayaran untuk pengesahan sumbangan dan boleh klik butang 'panggil data pelanggan' jika pernah menyumbang sebelum ini. Isi maklumat nama, email, no. tel untuk tujuan perkongsian laporan kempen.
PENGESAHAN:
Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Ihsanku yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.
.png)