- SEDEKAH SUBUH ANDA AKAN DISALURKAN KE TABUNG KECEMASAN NUSANTARA -
Ini Bantuan Kecemasan!
"Mereka kehilangan tempat tinggal, terputus bekalan makanan, hanya tidur bertemankan lantai basah, atap bocor dan perut kosong."
Mangsa banjir memerlukan bantuan daripada anda sekarang
Di sebalik lautan yang memisahkan Malaysia, Sumatera, Acheh dan Selatan Thailand, kita sebenarnya berkongsi satu perkara yang sama - akidah, doa dan rasa kemanusiaan.
Namun hari ini, sebahagian saudara kita di rantau Nusantara jua sedang berdepan bencana, konflik, kemiskinan melampau dan krisis hidup yang meragut ketenangan mereka.


BILA NUSANTARA DILANDA UJIAN, KITA SEMUA TERASA SAKITNYA
Setiap kali berita banjir besar, ribut, tanah runtuh, krisis ekonomi dan konflik tempatan melanda Malaysia, Sumatera, Acheh & Selatan Thailand, sebenarnya ada ribuan keluarga yang sedang:
- Hilang sumber pendapatan sekelip mata
- Tidak mampu membeli makanan asas
- Terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara yang sesak
- Bergelut untuk mendapatkan ubat-ubatan asas
- Hidup dalam rumah usang yang hampir roboh
Bagi kita di sini, mungkin sekadar tajuk berita sehari dua. Tetapi bagi mereka di sana, itulah hidup yang perlu mereka tempuhi hari demi hari.

“Kami bukan mahu hidup mewah, kami cuma mahu pastikan anak-anak tidak tidur dalam lapar.”
- Luahan seorang ayah di kawasan terjejas di Nusantara

MUSIBAH MEREKA BUKAN PILIHAN, TAPI REALITI YANG TERPAKSA DITEMPUHI
Namun, hakikatnya hari ini masih ramai keluarga yang hanya makan sekali sehari, ada ibu bapa yang sanggup berlapar supaya anak-anak dapat menjamah sedikit nasi, ada pesakit kronik yang terputus bekalan ubat asas, ada bayi dan warga emas yang tinggal di tempat yang tidak sesuai dan tidak selamat.
Di sinilah peranan saudara seakidah menjadi begitu besar. Bukan sekadar simpati, tetapi tindakan yang menterjemahkan kasih sayang.

KENAPA PERLU BANTU JUGA SAUDARA KITA DI SUMATERA, ACHEH DAN SELATAN THAILAND?
Kerana mereka jiran Nusantara kita. Dalam peta, kita dipisahkan oleh garis sempadan. Dalam neraca Allah, kita dinilai sebagai satu umat.
Kerana derita mereka mengancam nyawa. Tanpa makanan, tanpa perlindungan, tanpa ubat dan barangan asas, keluarga yang lemah; terutama kanak-kanak dan warga emas, sangat mudah menjadi mangsa keadaan.
Kerana bantuan kecil kita adalah harapan besar untuk mereka. Sedikit yang kita keluarkan mungkin kelihatan biasa di mata manusia, tetapi di sisi Allah ia boleh menjadi sebab dosanya diampunkan dan kehidupannya dipermudahkan.
AYUH BERSAMA DALAM BANTUAN KECEMASAN NUSANTARA
Hari ini mungkin mereka yang diuji di Sumatera, Acheh, Selatan Thailand dan beberapa pelusuk Malaysia. Esok lusa, kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaan kita.
Selagi Allah izinkan kita bernafas dan masih punya sedikit rezeki untuk dikongsi, gunakan peluang ini untuk membantu saudara Nusantara kita.
Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara se-Islam kita di Nusantara.
IHSAN RELIEF: BANTUAN KECEMASAN NUSANTARA
Fokus bantuan ini akan disalurkan ke:
Malaysia, Sumatera, Acheh, Selatan Thailand
Sasaran Dana Bantuan: RM100,000
BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN
✅ Makanan Asas & Pek Makanan Kecemasan
Untuk mengisi perut keluarga yang terputus bekalan - beras, minyak, gula, makanan segera, dan keperluan asas lain.
✅ Pakaian & Keperluan Harian
Pakaian yang lebih layak, kain, telekung, tudung, keperluan harian yang membantu mereka meneruskan hidup.
✅ Ubat-Ubatan & Sokongan Kesihatan Asas
Ubat demam, batuk, panadol, rawatan asas dan sokongan untuk mereka yang sakit tetapi tiada kemampuan mendapatkan ubat.
✅ Hygiene Kit (Kebersihan Diri)
Sabun, ubat gigi, berus gigi, tuala wanita, lampin bayi, tuala dan barangan kebersihan diri yang sering diabaikan tetapi sangat penting.
✅ Shelter & Perlindungan Sementara
Bantuan untuk sewaan rumah sementara, barangan asas rumah, tikar, tilam, bantal dan keperluan perlindungan lain mengikut situasi setempat.
Setiap infaq yang dihulurkan bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga hadiahkan rasa “masih ada yang ihsan, sayang dan peduli” buat mereka.
“Dalam satu peta, kita mungkin dipisahkan lautan. Dalam rahmat Allah, kita tetap satu keluarga Nusantara.”
Sumbangan yang anda hulurkan bukan hanya dapat membantu saudara kita di Malaysia, Sumatera, Acheh & Selatan Thailand meneruskan hidup, tetapi juga:
Menjadi pelindung buat anda dan keluarga daripada musibah yang tidak disangka-sangka.
Menjadi saksi kebaikan di hadapan Allah pada hari yang tiada lagi pertolongan selain pertolongan-Nya.
Menjadi bekalan jariah yang terus mengalir selagi ada manfaat pada bantuan yang dihulurkan.

Moga setiap ringgit yang anda hulurkan menjadi asbab turunnya rahmat dan perlindungan Allah untuk anda dan keluarga, di dunia dan di akhirat.

Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun :
5622 0969 1997
(MAYBANK)
Sila letakkan reference “Kecemasan Nusantara”