Khas untuk dermawan yang kasih dengan saudara Muslim
Lebih 10 JUTA Saudara Kita di Bumi Syam (Palestin, Syria & Lubnan) Bakal Berdepan Cuaca Sejuk Ekstrim yang Mengancam Nyawa
Mereka amat menagih bantuan daripada anda sekarang!
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (HR Al Bukhari)
Setiap tahun, musim sejuk di Palestin, Syria dan Lubnan menjadi ujian yang paling getir buat pelarian. Suhu yang mencecah -5°C bukan sekadar menggigilkan tubuh tetapi meragut nyawa anak kecil, warga emas, dan ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung.
Tanpa pakaian tebal, tanpa pemanas, tanpa dinding kukuh dan paling tragis khemah mereka bocor diserang salji. Hidup dalam kesejukan melampau, mereka hanya mampu bertahan dengan doa dan sumbangan kita.
“Kami tidur berpeluk, bukan kerana kasih tapi untuk berkongsi sedikit haba,” - Amina, pelarian Syria di Lubnan.
MUSIM SEJUK BUKAN LAGI MIMPI NGERI, TAPI REALITI YANG TERPAKSA MEREKA HADAPI


KENAPA PERLU BANTU PELARIAN PALESTIN, SYRIA DAN LUBNAN?
Dengan suhu jatuh ke sejuk beku, tahukah anda masih ramai berteduh di rumah rosak, khemah usang, atau tempat perlindungan yang tak mampu menahan dingin. Kanak-kanak menggigil tanpa pakaian tebal, ibu bapa berjuang menyediakan makanan hangat, dan ramai kekurangan selimut atau pemanas. Musim ini menjadi antara penderitaan yang mengancam nyawa mereka yang paling lemah.

Suasana Musim Sejuk di Palestin
Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?
Atas dasar tanggungjawab, ihsan dan kasih sayang sesama insan, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dengan kerjasama Syria Care telah menggerakkan Kempen Rayuan Musim Sejuk 13.0 – WinterAid & Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 80,000 pelarian di Bumi Syam iaitu Palestin, Syria serta Lubnan yang akan dibantu.

BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN
✅ Bahan Bakar (birin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)
✅ Pek Makanan sedia dimakan
✅ Winter Aid Kit (Ubat-ubatan)
✅ Pakaian (baju tebal, topi, mafla)
✅ Stoking dan kasut
✅ Alat Pemanas
Sasaran Dana Bantuan Musim Sejuk RM1.5 Juta 

Sejak 2021, Pertubuhan IhsanKu Malaysia dan Syria Care telah menyalurkan bantuan musim sejuk ke wilayah konflik di Bumi Syam. Ribuan keluarga telah menerima manfaat daripada agihan ini.
“Terima kasih rakyat Malaysia. Anak-anak saya akhirnya boleh tidur lena dengan selimut baru.” - Um Ahmad, Pelarian Syria, Idlib.“Kami menyaksikan sendiri bantuan dari Ihsanku & Syria Care tiba ke kawasan terpencil. Ia benar-benar memberi sinar kepada mereka.” - Sukarelawan Lapangan Syria Care.
![]()

IHSAN ANDA, SOLIDARITI BUAT MEREKA
.jpg)
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (Hadis Riwayat Muslim : No 4689)
Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsanku Malaysia
No akaun :
5622 0969 1997
(MAYBANK)
Sila letakkan reference “WINTER”
